Tugasan: Visualisasi Rancangan Pengajaran

Ini adalah kerja berkumpulan (3-4 orang sekumpulan). Pilih salah satu blog dari ahli kumpulan anda untuk tugasan ini.

Anda dikehendaki merekabentuk satu rancangan pengajaran pada minggu tertentu dengan menggunakan blogspot sebagai alat bantu di dalam merekabentuk pengajaran. Rancangan pengajaran tersebut hendaklan meliputi:

1. Rancangan pengajaran bertulis (lesson plan) - yang perlu dimasukkan ke dalam blogspot anda sebagai panduan terhadap rekabentuk pengajaran anda
2. Visual pengajaran dari rancangan pengajaran tersebut
3. Kesimpulan atau perubahan yang dilakukan hasil dari komen rakan-rakan anda terhadap visual pengajaran kedua.


Panduan:
Untuk tugasan ini, sila ikut arahan di bawah supaya posting anda akan mengikut turutan seperti di atas.

Untuk rancangan pengajaran (no. 1) - ianya perlu berada di bahagian atas blog anda dan tidak berubah walaupun apa-apa posting baru dilakukan. Arahan di bawah adalah panduan bagaimana untuk anda memastikan rancangan pengajaran tersebut dapat dipastikan berada di bahagian atas.

  • Pergi ke Layout -> Page Elements
  • Add a Gadget
  • Apabila keluar pop-up pilih "Text"
  • Masukkan Title = Rancangan Pengajaran (Topik)
  • Di bahagian content = masukkan isi Rancangan Pengajaran anda
  • Kemudian save
  • Kotak yang anda tambah akan berada di side-bar sebelah kanan atas.
  • Drag kotak tersebut ke bahagian atas "Blog Post"
  • Kemudian save layout.
Apabila anda "view blog", anda akan dapati bahawa rancangan pengajaran tersebut berada di atas blog anda dan tidak akan berubah tempat walaupun anda menambah posting baru.


Untuk bahagian 2, anda diberi masa 3 minggu untuk menyiapkannya. Pada minggu ke tiga, setiap pelajar dikehendaki meninggalkan komen di blog rakan anda. Setiap komen anda akan diambil kira sebagai markah tugasan. Komen yang diberikan adalah berkaitan dengan teknik persembahan pengajaran yang dipaparkan di dalam blog tersebut. Komen anda mestilah komen yang membina bagi rakan anda memperbaiki persembahan pengajaran masing-masing.

Setelah menerima komen dari rakan-rakan anda, anda dikehendaki meningkatkan persembahan pengajaran anda. Bermula dari 12/3 hingga 2/4, setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan blog masing-masing yang telah diperbaiki hasil dari komen rakan-rakan anda.


**Nota - Komen adalah secara individu dan markah diberi secara individu
- Blog adalah berkumpulan - markah blog + persembahan diberi sebagai kumpulan.



~Dr. A

January 22, 2009



test

A

January 15, 2009






Perancangan Pengajaran PPS215



PERANCANGAN PENGAJARAN

SEMESTER II

SIDANG AKADEMIK 2008/2009

A. MAKLUMAT KURSUS

Kod Kursus :

PPS 215

Tajuk Kursus :

PENDIDIKAN KOMPUTER UNTUK KANAK-KANAK

Hari Kuliah :

KHAMIS

Masa :

9.00 – 10.50 PAGI

Tempat :

MAKMAL MULTIMEDIA C

Penyelaras/Pensyarah :

DR. AZIDAH BT. ABU ZIDEN

DR. LEE LAY WAH

Bilangan Pelajar :

30

Nilai Unit :

4

B. OBJEKTIF KURSUS

Kursus ini terbahagi kepada dua fokus utama, teori dan praktik. Pelajar akan diperkenalkan kepada isu-isu utama dalam pendidikan komputer untuk kanak-kanak termasuklah aktiviti komputer yang bersesuaian dengan kanak-kanak, penyelidikan tentang kesan penggunaan komputer terhadap perkembangan kanak-kanak. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada konsep-konsep asas teknologi komputer, integrasi komputer dengan kurikulum pra sekolah, teori-teori pembelajaran berkaitan penggunaan komputer untuk kanak-kanak dan penilaian perisian komputer. Seterusnya, kursus ini juga akan memberi pendedahan kepada rangkaian komunikasi global melalui komputer. Aspek praktik kursus ini berfokus kepada strategi pengajaran dan pembelajaran menggunakan komputer yang berkesan. Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan masalah mengikut mata pelajaran yang diajar di peringkat pra sekolah.

C. MAKLUMAT KULIAH

Minggu/Tarikh

Tajuk

Pensyarah

Catatan

1

25/12

Pengenalan Kursus

Dr. Azidah

2

1/1

Pendaftaran PPIPONLINE

Dr. Azidah

3

8/1

Pengenalan kepada Komponen Komputer dan Peraturan Makmal Multimedia

Dr. Azidah

4

15/1

Teori pembelajaran dan komputer

Dr. Azidah

5

22/1

Teori pembelajaran multimedia

Strategi rekabentuk instruksi komponen-komponen multimedia

Dr. Azidah

6

(26/1 – 30/1)

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER II

7

5/2

Penilaian Formatif dalam pembangunan koswer multimedia

Dr. Azidah

8

12/2

Peta konsep berasaskan teknologi untuk kanak-kanak

Dr. Lee LW

9

19/2

Bahan Pembelajaran multimedia untuk pra-sekolah

Dr. Lee LW

10

26/2

Teknologi dan Literasi Awal I

Dr. Lee LW

11

5/3

Teknologi dan Literasi Awal II

Dr. Lee LW

12

12/3

Buku bercerita multimedia

Dr. Lee LW

13

19/3

Menyelia Penyediaan Projek

Dr. Lee LW

14

26/3

Persembahan & Penilaian Projek

Dr. Lee LW

15

2/4

Rumusan

Dr. Azidah

D. RUJUKAN

Jamalludin Harun, Baharuddin Aris & Zaidatun Tasir (2001). Pembangunan Perisian Multimedia. Venton Publishing.

Haughland, S.W. & Wright, J.L. (1997). Young children and technology: A world of discovery. New York: Allyn & Bacon

Dublin, P. & Pressman, H. (1997). Early childhood: Integrating computers in your classroom. Addison Wesley Longman, Inc.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Garis panduan kurikulum prasekolah Malaysia. KL. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Leask, M & Meadows, J. (2000). Teaching and learning with ICT in the primary school. Routledge Falmer.

Jurnal

Educational Technology

Laman Web

www.ppip.usm.my

E. Maklumat Tutorial

Minggu/Tarikh

Tajuk

Pensyarah

Catatan

1

25/12

Tiada Tutotrial

Dr. Azidah

2

1/1

Pendaftaran PPIP ONLINE

Dr. Azidah

3

8/1

Photo editing

  • Timeline & storyboards

Dr. Azidah

4

15/1

Edit video

  • Editing and enhancing video
  • Production wizard

Dr. Azidah

5

22/1

Delivery video

  • Converting powerpoint into flash
  • Picture in picture editing

Dr. Azidah

6

(26/1 – 30/1)

CUTI PERTENGAHAN SEMESTER II

7

5/2

Persembahan & Penilaian Projek

Dr. Azidah

8

12/2

Pembinaan Peta konsep berasaskan teknologi I

Dr. Lee LW

9

19/2

Pembinaan Peta konsep berasaskan teknologi II

Dr. Lee LW

10

26/2

Pembinaan Buku bercerita multimedia I

Dr. Lee LW

11

5/3

Pembinaan Buku bercerita multimedia II

Dr. Lee LW

12

12/3

Menyelia Penyediaan Projek

Dr. Lee LW

13

19/3

Persembahan & Penilaian Projek

Dr. Lee LW

14

26/3

Persembahan & Penilaian Projek

Dr. Lee LW

15

2/4

Rumusan

Dr. Azidah

F. Penilaian Kursus

Penilaian Kerja Kursus ( 50 )

Mod

Pemberatan

Tarikh Serahan

Projek multimedia

20%

Minggu 7 & 13

Tugasan

30%

Minggu 13

Catatan:

A. Projek multimedia (20%)

Projek individu. Kenalpasti satu topik dalam prasekolah yang boleh disokong dengan bahan visual. Gunakan pelbagai fitur-fitur dalam perisian ”pembinaan bahan visual” untuk membina bahan visual tersebut. Hasil projek dimuatkan dalam blog/CD. Minggu serahan – Minggu ke 7 & 13.

B. Tugasan - Ulasan Artikel (10%)

Setiap kumpulan terdiri daripada dua orang. Pilih dua artikel berkenaan dengan aktiviti komputer yang bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak. Beri ulasan anda tentang artikel-artikel tersebut.

C. Tugasan – Aktiviti-aktiviti PPIP ONLINE (20%)

Peperiksaan Akhir ( 50% )

Projek Blog PPS215

Pilih satu tajuk di dalam matapelajaran pra-sekolah. Gunakan kreativiti anda untuk menjadikan satu posting blog ini sebagai topik pengajaran anda. Anda boleh memasukkan video, imej/gambar, huruf dan sebagainya untuk menarik perhatian kanak-kanak kepada topik ini.




Nabil and Friends from Cindy ElSharouni on Vimeo.

January 8, 2009

Berkenal-kenalan

















Hai kawan-kawan... mari kita bermain..