Ini adalah kerja berkumpulan (3-4 orang sekumpulan). Pilih salah satu blog dari ahli kumpulan anda untuk tugasan ini.
Anda dikehendaki merekabentuk satu rancangan pengajaran pada minggu tertentu dengan menggunakan blogspot sebagai alat bantu di dalam merekabentuk pengajaran. Rancangan pengajaran tersebut hendaklan meliputi:
1. Rancangan pengajaran bertulis (lesson plan) - yang perlu dimasukkan ke dalam blogspot anda sebagai panduan terhadap rekabentuk pengajaran anda
2. Visual pengajaran dari rancangan pengajaran tersebut
3. Kesimpulan atau perubahan yang dilakukan hasil dari komen rakan-rakan anda terhadap visual pengajaran kedua.
Panduan:Untuk tugasan ini, sila ikut arahan di bawah supaya posting anda akan mengikut turutan seperti di atas.
Untuk rancangan pengajaran (no. 1) - ianya perlu berada di bahagian atas blog anda dan tidak berubah walaupun apa-apa posting baru dilakukan. Arahan di bawah adalah panduan bagaimana untuk anda memastikan rancangan pengajaran tersebut dapat dipastikan berada di bahagian atas.
- Pergi ke Layout -> Page Elements
- Add a Gadget
- Apabila keluar pop-up pilih "Text"
- Masukkan Title = Rancangan Pengajaran (Topik)
- Di bahagian content = masukkan isi Rancangan Pengajaran anda
- Kemudian save
- Kotak yang anda tambah akan berada di side-bar sebelah kanan atas.
- Drag kotak tersebut ke bahagian atas "Blog Post"
- Kemudian save layout.
Apabila anda "view blog", anda akan dapati bahawa rancangan pengajaran tersebut berada di atas blog anda dan tidak akan berubah tempat walaupun anda menambah posting baru.
Untuk bahagian 2, anda diberi masa 3 minggu untuk menyiapkannya. Pada minggu ke tiga, setiap pelajar dikehendaki meninggalkan komen di blog rakan anda.
Setiap komen anda akan diambil kira sebagai markah tugasan. Komen yang diberikan adalah berkaitan dengan teknik persembahan pengajaran yang dipaparkan di dalam blog tersebut. Komen anda mestilah komen yang membina bagi rakan anda memperbaiki persembahan pengajaran masing-masing.
Setelah menerima komen dari rakan-rakan anda, anda dikehendaki meningkatkan persembahan pengajaran anda. Bermula dari 12/3 hingga 2/4, setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan blog masing-masing yang telah diperbaiki hasil dari komen rakan-rakan anda.
**Nota - Komen adalah secara individu dan markah diberi secara individu
- Blog adalah berkumpulan - markah blog + persembahan diberi sebagai kumpulan.
~Dr. A